BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ALAMAT TABIKA

TABIKA KEMAS TAMAN TUN SARDON
11700 Gelugor Pulau Pinang
No Tel : 04-6583850 / Fax : 04-6439021

tbk.tamantunsardon@gmail.com
http://tamantunsardon@yahoo.com

Wednesday, August 12, 2009

Permainan Luar



Aktiviti main peranan

Membuat binaan menggunakan bongkah.......

Ujikaji(Awal Sains)

Aktiviti Kumpulan

Thursday, July 9, 2009

TIPS IBU BAPA CEMERLANG

Sebagai Ibu Bapa anda adalah ketua, anda adalah pemimpin, anda juga guru, anda juga Imam kepada anak-anak anda. Dibawah ialah Tip-Tip penting yang perlu anda ada, bagi menjadi anda sebagai ibu bapa yang cemerlang.

1. MENGUASAI ILMU DAN HIKMAT.
Dalam surah Luqman ayat 12, Allah menjelaskan bahawa Luqman telah dikurniakan hikmat. Imam Ibn Kathir mentafsirkan hikmat sebagai ‘kefahaman, ilmu dan tadbir (iaitu pengurusan yang baik).’ Justeru ibu bapa perlu menguasai dan memahami ilmu, terutamanya ilmu agama berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Penguasaan ini perlu disusuli dengan pengurusan hidup yang baik. Tampa ilmu dan kefahaman ibu bapa menjadi seperti musafir yang berjalan tanpa peta.

2. MEMENTINGKAN IMAN DAN TAQWA.
Berhubung dengan ini, Luqman menjelaskan, jika ada suatu benda yang kecil, seperti biji sawi, disembunyikan di langit, dalam bumi, dalam natu yang besar atau di tempat-tempat lain, Allah tetap mengetahuinya. Hal in disebut dalam surah Luqman ayat 16. Pendidikan Luqman ini bertujuan untuk melahirkan perasaan muraqabah, iaitu merasai bahawa Alah sentiasa melihat gelagat hambanya di mana saja hamba itu berada. Jika perasaan ini menguasai hati seseorang, ia akan menjadi penasihat dan penyelamat bagi seseorang.

3. MEMELIHARA IBADAH.
Antara ibadah yang perlu diutamakan ialah solat. Luqman menyuruh anaknya menegakkan solat. Menegakkan solat bermaksud bersolat secara berterusan dengan memelihara waktu-waktu dan tatacaranya, di samping mementingkan khusyuk ketika bersolat. Solat mempunyai pengaruh yang besar kepada anak-anak.
4. MEMELIHARA AKHLAK.
Antara akhlaq yang ditekankan dalam surah Luqman ialah bersikap tawaduk dan tidak sombong ketika bergaul dengan manusia. Beliau juga mengingatkan anaknya agar bersederhana dalam hidup dan tidak meninggikan suara ketika bercakap. Akhlaq yang mulia berkait rapat dengan iman seseorang.

5. BERSIKAP POSITIF DALAM UJIAN.
Dalam konteks ini, surah Luqman ayat 17 mengingatkan anaknya kepentingan sabar dalam hidup. Sbar berkait rapat dengan sikap positif. Dengan penekanan ini anak-anak akan cekal mengharungi pancaroba dan liku-liku kehidupan. Anak-anak juga perlu diingatkan bahawa sabar adalah proses ke arah kejayaan.

6. MEMBINA KEMAHIRAN.
Antara kemahiran yang dinyatakan dalam surah Luqman ialah komunikasi berkesan. Luqman menasihati anaknya secara terus tanpa rasa kekok. Ini menunjukkan bapa memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan anak-anak. Ketika memberi nasihat, Luqman menggunakan perumpamaan untuk memudahkan kefahaman. Ini menunjukkan Luqman mempunyai kemahiran berkomunikasi. Antara aspek penting yang perlu ada ketika berkomunikasi ialah kelembutan. Mengiku imam Ahmad dan Baihaqi, nabi bersabda “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi sesebuah keluarga diberikan sifat lemah lembut dalam keluarga itu”.

7. PEKA DAN BERPERANAN.
Anak-anak perlu dididik agar berperanan dengan mengajak rakan-rakan mereka kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran (ayat 17). Dengan nilai dan sikap ini, anak-anak tidak akan menjadi golongan yang terpengaruh sebaliknya menjadi golongan yang mempengaruhi.
Semoga tip ini memberi manafaat kepada anda, Langganlah infomasi di blog ini, sila masuk email anda di kotak di sebelah.

Dipetik dari buku karangan Dr Danial Zainal Abidin